*MB Razif Lancar “Tabung Terengganu Untuk Rohingya” Anak-Anak Perantau*

*MB Razif Lancar “Tabung Terengganu Untuk Rohingya” Anak-Anak Perantau*

Kuala Lumpur – 1 Okt. : Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman melancarkan Tabung Terengganu For Rohingya “Sekampit Beras For Rohingya” bagi peringkat badan bukan kerajaan (NGO) anak-anak perantau di Lembah Klang pagi ini diperkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru disini.


Kerajaan negeri Terengganu telah berjaya mengumpul sebanyak RM600,000 bagi mengisi tabung tersebut dengan kerjasama Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) dengan pelbagai jabatan, syarikat berkaitan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mengumpul bantuan dana sejak ia dilancarkan 19 September lalu.


Terengganu mensasarkan kutipan sebanyak RM 1 juta menjelang akhir oktober ini dan duit itu akan disumbang kepada etnik minoriti Islam berkenaan yang berdepan dengan kesengsaraan akibat penindasan yang kian memuncak di Myanmar dan kini berada disempadan negara Bangladesh.


Kerajaan negeri menerusi SSTTB akan menghantar seramai 50 orang sukarelawan pelbagai bidang kemahiran terutama perubatan, teknial pembekalan air bersih dan tenaga bagi menjayakan misi bantuan ini dengan kerjasama Mercy Malaysia.


SSTTB telah pun membuat kunjung hormat kepada Mercy Malaysia dan mendapat senarai penuh keperluan terkini yang diperlukan oleh kem pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh.


Menurut Ahmad Razif, kerajaan Terengganu mengambil langkah ini yang mana turut bersama-sama kerajaan pusat bagi meringankan beban yang ditanggung oleh umat islam rohingya ketika ini yang mana sedang bergelumang dengan persengketaan antara etnik rohingya dengan kerajaannya(myammar).


“Bukan satu perkara yang mudah dan ianya perlu mendapat kelulusan Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) dan pandangan daripada Mercy yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini perlu diambil kira dari semua aspek keselamatan mahupun penyakit yang sedang melanda kem tersebut terutamanya penyakit taun”, katanya dalam ucapan persmian tadi.


Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri YB Dato’ Rozi Mamat, YB Roslee Daud Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, YB Ghazali Taib Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, YB Mohamad Pehimi Yusof Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, YB Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ A. Rahman Jusoh Pegawai Kewangan Negeri dan Samiun Salleh Ketua Sekreteriat NGO Perantau Negeri Terengganu.


Sehubungan dengan itu, Ahmad Razif turut mengajak orang ramai supaya sama-sama membantu saudara Islam yang berada dalam kesusaha ketika ini dan berdepan dengan pelbagai masalah di negera tersebut.


Source -> https://mediapanas.xfer.tk/mb-razif-lancar-tabung-terengganu-untuk-rohingya-anak-anak-perantau/

Comments